Isu-Isu Semasa

KEM BINA JUARA 2012

24-25 APRIL 2012

TEMA
“Juara Modal Insan Teras Kegemilangan Ummah “.
KBJ Al-Quran ( Modul Taranum ).
KBJ Jawi ( Modul Khat ).
KBJ Bahasa Arab ( Pengucapan Umum ).

KONSEP
Kem Bina Juara j-QAF adalah satu usaha untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid cemerlang dalam aspek Al-Quran, Jawi dan Bahasa Arab. Kem ini akan menjadi asas melahirkan juara di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam masa yang sama, kem ini juga dapat membentuk Murid Turus yang akan membantu guru di kelas untuk membimbing rakan sebaya. Kem ini dijalankan mengikut modul atau bidang yang tertentu yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF
Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat melalui modul yang diperkenalkan.
Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan berketrampilan tinggi.
Mewujudkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.
Melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan.
Melatih murid-murid yang cemerlang mendalami pengetahuan dalam  bidang yang tertentu sebagai persediaan untuk menjadi juara.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid cemerlang program j-QAF Tahap 2 ( keutamaan kepada murid Tahun 4 atau Tahun 5 ) yang telah mencapai objektif model-model j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Bahasa Arab ) setelah melepasi saringan oleh pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah.
























No comments:

Post a Comment